SAO PAULO: Sekurang-kurangnya 20 orang dilaporkan terkorban selepas hujan lebat berterusan yang memecahkan rekod melanda tenggara Brazil sejak Isnin, menurut sumber rasmi pada Selasa, lapor Agensi Berita Xinhua.
Daripada jumlah itu, 16 kematian direkodkan di bandar Juiz de Fora, negeri Minas Gerais. Selain itu, 45 individu masih dilaporkan hilang manakala kira-kira 440 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing.
Di bandar Uba yang terletak beberapa kilometer dari Juiz de Fora, empat lagi kematian disahkan akibat hujan lebat berkenaan.
Fenomena cuaca ekstrem itu turut mengakibatkan kejadian tanah runtuh, banjir dan runtuhan bangunan. Susulan kerosakan besar yang berlaku, pihak berkuasa tempatan mengisytiharkan keadaan bencana awam.
Tags
Dunia