MUKAH: Seorang lelaki tempatan ditemui meninggal dunia di kawasan hutan berhampiran Pantai Kala Dana, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian lebih kurang 10 pagi tadi.
“Mangsa yang berumur 27 tahun itu ditemukan lebih kurang 150 meter dari Tapak Pesta Kaul Mukah.
“Siasatan awal tidak menjumpai sebarang kesan pergelutan atau sebarang perbuatan khianat yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Jelasnya, mayat mangsa dibawa ke rumah mayat Hospital Mukah untuk tindakan lanjut.
Tambah Rizal, kes disiasat sebagai mati mengejut.
Kredit: Suara Sarawak
Tags
Berita Sarawak