KUALA LUMPUR:
Pemain skuasy negara Aira Azman mara ke perlawanan akhir Kejohanan Terbuka
Bermuda 2025 selepas menewaskan kakaknya, Aifa Azman, pada pusingan separuh
akhir awal pagi tadi.
Pada aksi yang
berlangsung di Devonshire, Bermuda itu pemain berusia 20 tahun berkenaan
bermula kurang baik apabila tewas set pertama 4-11.
Bagaimanapun,
pilihan pertama kejohanan itu bangkit memenangi tiga set berikutnya 11-4, 11-8,
11-6 untuk mara ke perlawanan akhir pertamanya pada musim ini.
Menanti Aira di pusingan akhir esok adalah pilihan kedua dari Mesir Hana
Moataz yang menewaskan rakan senegara Amina El Rihany.
Hana bagaimanapun terpaksa bermandi peluh sebelum menang 7-11,11-7,
7-11,11-7, 11-9 dalam aksi yang berlangsung hampir sejam.
Kredit: BERNAMA