Murid Darjah 6 Sarawak Bakal Duduki Ujian Dwi-Bahasa Bertaraf Antarabangsa Mulai Oktober Ini. Dalam langkah yang dianggap ‘game-changer’, kerajaan Sarawak akan mula melaksanakan penilaian di bawah Dual Language Programme (DLP) khas untuk murid-murid Darjah 6 bermula Oktober tahun ini.
Apa
yang menarik? Penilaian ini bukan biasa-biasa — ia akan selaras dengan
piawaian antarabangsa dan dibangunkan bersama Cambridge University Press
and Assessment (CUPA). Ya, Cambridge tu!
Matlamatnya?
Nak ‘power’ dua-dua bahasa: BM & BI
Premier
Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kata, inisiatif ni
strategi penting untuk bantu pelajar kuasai Bahasa Melayu dan Inggeris —
selaras dengan kehendak ekonomi digital masa kini.
“Penilaian
BM akan ikut silibus kebangsaan, manakala penilaian Bahasa Inggeris akan
berdasarkan silibus antarabangsa Cambridge,” katanya, menurut laporan media tempatan.
Jelasnya
lagi, pelajar yang fasih dalam kedua-dua bahasa lebih bersedia untuk ceburi
bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), terutamanya dalam
ekonomi digital yang semakin berkembang.
Siapa
terlibat & apa peranannya?
Kerjasama
rasmi dimeterai antara:
- Cambridge University Press & Assessment
(CUPA)
- Swinburne Innovation Malaysia (SWIM)
- Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan
Bakat Sarawak (MEITD)
Majlis
tandatangan kontrak perkhidmatan berlangsung di Cambridge, UK pada 30 April.
Turut
hadir dalam acara ni termasuklah:
- Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah
- Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Abu Bakar
Marzuki
- Menteri MEITD, Dato Sri Roland Sagah
- Beberapa timbalan menteri serta wakil dari
Cambridge International Education Group
Apa
next?
Dengan
kelulusan rasmi dari Kementerian Pendidikan Malaysia (MoE), MEITD akan
bekerjasama dengan Universiti Cambridge untuk melaksana program ni sepenuhnya.
Dua
institusi akan mainkan peranan penting:
- Swinburne University of Technology Sarawak
- University of Cambridge – akan turut serta dalam
proses penilaian dan pembangunan program di peringkat negeri.
“Future-ready
workforce”, katanya.
Premier
Abang Jo kata, program ni sebahagian daripada misi lebih besar untuk lahirkan
tenaga kerja Sarawak yang kompetitif dan bersedia hadapi masa depan.
“Ia
mencerminkan komitmen Sarawak untuk bina kerjasama global dan memperkasa
ekosistem pembelajaran berimpak tinggi,” ujarnya.
Kalau
benda ni menjadi, Sarawak bukan saja setanding dengan piawaian antarabangsa,
tapi mungkin boleh jadi contoh terbaik untuk negeri lain juga.
Nak
tengok murid-murid Sarawak conquer dua bahasa macam pro? Oktober nanti kita
tengok 💪📚
Kredit: I Love Borneo