Kuala Lumpur: Apa maksud gambar Lee Zii Jia?

Foto IG Lee Zii Jia.

Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia mencetuskan kontroversi selepas dia memuat naik beberapa gambar ilustrasi hitam putih tanpa sebarang kapsyen di Instagram miliknya semalam.

Gambar yang dikongsi itu seolah-olah memberi mesej tersirat sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dan spekulasi mengenai maksud di sebalik perkongsian itu.

Hantaran itu turut mendapat sokongan adalah pemain perseorangan wanita profesional negara, Goh Jin Wei yang menulis: “will heal everything” sebagai tanda sokongan moral buat Zii Jia.

Ketika ini, pemenang pingat Sukan Olimpik Paris 2024 itu sedang menjalani proses pemulihan susulan kecederaan buku lali kanan yang dialaminya sebelum ini.

Zii Jia mengalami kecederaan itu ketika menyertai Jelajah Dunia Akhir BWF pada Disember lalu dan ia kembali berulang di Seluruh England, Mac lalu.

Kecederaan itu memaksanya berehat dan memohon menggunakan perlindungan ranking daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF). – MalaysiaGazette


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama