Bintulu: Pemuda PBB Menghulurkan Bantuan Kepada 9 Keluarga Terjejas

Royston memberikan sumbangan kepada salah seorang penerima. Foto: N.57 Tellian

Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah menghulurkan bantuan kepada sembilan keluarga yang terjejas akibat kebakaran di Kampung Sebuan Besar Jepak yang berlaku pada hari Selasa lalu.

Penyerahan sumbangan telah dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian dan Ketua Penerangan Pemuda PBB, Royston Valentine, dalam satu majlis ringkas yang diadakan pada hari Jumaat.

Menurut Royston, bantuan dalam bentuk wang tunai ini adalah hasil kutipan daripada ahli jawatankuasa Pemuda PBB dan ketua pemuda cawangan di seluruh Sarawak sebagai tanda solidariti dan keprihatinan terhadap mangsa-mangsa.

“Kami berharap sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh keluarga yang terlibat serta memberi mereka semangat untuk bangkit semula,” katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Politik kepada YAB Premier Sarawak merangkap Penolong Bendahari Pemuda PBB, Haji Afiq Fikri Brahim; Ahli Jawatankuasa Pemuda PBB Sarawak, Cr Ardyman Bin Matan; Ketua Pemuda PBB Cawangan Jepak, Frankie Sibat, Shahrezy Sulaiman Pegawai YB Iskandar Turkee, serta Ketua Pemuda Kemena, Adrian Usan.Dalam kejadian kebakaran pada hari Selasa lalu, enam rumah telah musnah sepenuhnya, menyebabkan seramai 26 penduduk kehilangan tempat tinggal. 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama