Premier Datuk Patinggi Tan
Sri Abang Johari Tun Openg berkata, mekanisme sedemikian adalah penting bagi
memastikan Sarawak menerima pulangan yang adil daripada sumber aslinya,
terutamanya dalam sektor baharu muncul seperti penangkapan, penggunaan dan penyimpanan
karbon (CCUS).
“Persoalan utamanya ialah
bagaimana levi karbon dikongsi antara kerajaan persekutuan dan negeri.
“Oleh itu, kami (kerajaan
Sarawak) sedang mengkaji model yang diguna pakai antara Scotland dan UK dalam
menentukan pendekatan yang adil dan seimbang untuk perkongsian hasil dan
pengagihan kuasa,” katanya.
Beliau berkata demikian
semasa Sesi Fireside Chat: Sarawak’s Global Vision – Sustainability, Innovation
and Strategic Partnerships yang diadakan sebagai sebahagian daripada Sarawak
Connects 2025 semalam (waktu tempatan).
Premier menambah, Sarawak
kini menerajui usaha membangunkan industri karbon yang mampan, setelah
melaksanakan rangka kerja perundangan pertama di Malaysia yang memberi tumpuan
kepada pengurangan pelepasan gas rumah hijau.
Menyentuh mengenai
pengurusan sumber asli strategik seperti torium dan unsur nadir bumi, beliau
menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak mahu sekadar kekal menjadi pengeksport
bahan mentah.
Sebaliknya, negeri ini
bertekad untuk mewujudkan rantaian nilai yang lengkap daripada aktiviti huluan
hingga hiliran.
“Bagi mencapai objektif
ini, kami bekerjasama dengan agensi antarabangsa dan pelabur yang mempunyai
kepakaran serta teknologi berkaitan. Jika ada sinergi, kita boleh bergerak maju
bersama.
“Sehingga kini, Sarawak
telah menerima pelaburan yang besar dari Korea Selatan, Jepun dan China. Kami
kini sedang meneroka potensi kerjasama dengan negara-negara Eropah dalam usaha
untuk mempelbagai dan meluaskan rangkaian pelaburan global kami secara seimbang.
“Kami berhasrat untuk
menggerakkan dasar dan aktiviti ekonomi yang berlandaskan kekuatan kami
sendiri, dan saya yakin pendekatan ini sudah mula membuahkan hasil,” kata Abang
Johari.
Terdahulu, sesi itu
dikendalikan oleh Lord Jonathan Marland.
Kredit: Sarawak Tribune