Kiri: YB Roy Bersama Brigadier Jeneral Jafri Sulaiman serta Mejar Khairuldin.
Photo FB N57 Tellian
YB Roy, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N57 Tellian, pagi ini (Rabu, 30 Julai) turun padang meninjau semula situasi kebakaran yang kembali tercetus di kawasan kebun penduduk Kampung Petanak, berhampiran UiTM Mukah.
Tinjauan turut disertai Panglima Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Bgd), Brigadier Jeneral Jafri Sulaiman serta Mejar Khairuldin.
Kebakaran yang berulang ini menimbulkan kebimbangan kerana arah api dikhuatiri merebak ke kawasan sekitar termasuk Politeknik Mukah, Centexs, Kem Belia dan Lapangan Terbang Mukah.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana, operasi water bombing menggunakan helikopter akan dilaksanakan pada sebelah petang bagi mengawal keadaan.
Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan menjaga keselamatan diri. - IPK
Tags
Berita Sarawak